INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

MADU KELULUT CHINI 4

KEBAIKAN SABUN MADU KELULUT CHINI 4

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Jumaat, September 23, 2016

Projek perumahan untuk Generasi kedua Felda

 Projek perumahan untuk Generasi kedua di Felda Bukit Tajau, Maran Pahang bernilai RM10.5 juta ini dibiar tenggelam dalam semak samun. Bila Perdana Menteri umum peruntukan RM1.4 bilion pada tahun 2012 untuk menyediakan 20ribu unit rumah seluruh negara, #PGBF anak-anak Felda menyambut dengan air mata keriangan.
 Pilihanraya Umun yang lalu Barisan Nasional menang selesa di 51 parlimen yang ada Tanah Rancangan Felda. Anak -anak muda sangat mengharapkan mereka memiliki kediaman yang sempurna selain boleh membantu ayah dan ibu mereka yang kian uzur kerana peneroka mula mendiami Bukit Tajau sejak 1969 lagi dengan tanaman getah ( kini ditukar kepada sawit ).
 Sampai bilakah kami semua anak-anak generasi Felda akan terus dinafikan untuk memiliki kediaman sendiri? Kerugian terus menerus dicatat apabila banyak peralatan pembinaan menjadi rosak dan dicuri. Siapakah yang bertanggungjawab?
Saya akan dedahkan satu persatu untuk membuktikan projek ini indah khabar pemberi harapan dan pernantian sahaja. Banyak lagi projek seperti ini di seluruh negara.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, Ogos 29, 2016

*WARGA FELDA PERLU DESAK 54 AHLI PARLIMEN MEREKA MENYOKONG PINDAAN RANG UNDANG-UNDANG 355*



*WARGA FELDA PERLU DESAK 54 AHLI PARLIMEN MEREKA MENYOKONG PINDAAN RANG UNDANG-UNDANG 355*

Ini soal memartabatkan agama Islam. Justeru itu warga Felda yang berada di 54 Kawasan Parlimen seluruh negara, sebahagian besarnya adalah orang melayu dan beragama Islam perlu nyatakan sokongan agar Ahli Parlimen yang mereka undi semasa PRU13 lalu menyokong pindaan akta ini.

Kebersamaan dalam hal ini sangat perlu agar warga Felda terus untuh, kekal keharmonian dan mendapat redho Allah. Undi kita kepada mereka sewajarnya kita gunakan dengan menyatakan harapan kita. Tidak sedikit pun memberi keuntungan kepada mana-mana parti. Ini soal hukuman menurut syariat Allah.

Pindaan ini bukan pertama kali berlaku, Parlimen Malaysia pernah meminda akta ini pada tahun 1984 dan juga tahun 1989. Jadi kenapa untuk pindaan 2016 ini perlu ada berbelah bahagi, tidak bersetuju,  bahkan menentangnya?

Kita kena sedar kedudukan Ahli Parlimen yang beragama Islam hanya tinggal 135 orang sahaja daripada 222 kerusi yang mewakili berbagai kompenen parti politik. Kita mesti mengambil ruang dan peluang ini agar kita bersama-sama mendokong untuk memartabatkan perundangan  Islam.

Pindaan ini bukan pindaan Rang Undang-Undang Hudud sepertimana disalah taksirkan oleh segelintir orang, juga bukan  Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan atau Enakmen Qisas, Hudud dan Takzir Terengganu.

Pindaan itu bakal  meletakkan Mahkamah Syariah lebih tinggi dan tidak seperti sekarang seperti terhina  kerana mempunyai bidang kuasa yang sangat rendah berbanding mahkamah lain.

Cuba kita bandingkan  kuasa hukuman jenayah dimiliki Mahkamah Majistret iaitu 5 tahun penjara, RM10,000 denda dan 12 rotan, sedangkan Ketua Hakim Syarie di Mahkmah Tinggi Syariah hanya mempunyai kuasa 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan 6 sebatan.

Kita warga Felda yang beragama Islam perlu memastikan Ahli Yang Berhormat kita semua melaksanakan satu lagi usaha yang boleh memperkukuhkan Mahkamah Syariah kita.

Beruntunglah Pengundi Parlimen Termeloh, Parlimen Dungun dan Parlimen Kuala Nerus kerana Ahli-Ahli Parlimen ini sudah pasti akan menyokong dan mengundi bila bacaan Pindaan Rang Undang-Undang dibentang di Parlimen pada Oktober ini.

Justeru itu, kepada seluruh warga pengundi Felda di 51 kawasan Parlimen yang lain dapat memastikan  wakil mereka dapat melaksanakan sokongan dari harapan kita umat Islam warga Felda. Sampaikanlah dengan apa jua cara kepada Ahli Yang Berhormat kita, berjumpa mereka, nyatakan hasrat dan kewajipan tugasan mereka agar usaha kita semua menjadi saksi di hari perkiraan amalan kita nanti.


Sekian.
Naraza Muda
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat.
29 Ogos 2016 / 25 Zulkaedah 1437
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, Ogos 22, 2016

UCAPAN NARAZA DALAM ISU FELDA DI KONGRES RAKYAT TERENGGANU

Ucapan Kluster Pembangunan Tanah & Felda.

Assalamualaikum Ybg. Tuan Speaker Kongres Rakyat Terengganu serta seluruh peserta Kongres.

1.   Di Terengganu ada 21 tanah rancangan Felda  yang melibatkan 7463 peneroka dan sehinggan rekod 2013 86,237 warga felda seluruh Terengganu telah dicatat. Ada beberapa isu teras yang sudah lama melingkari mereka. Felda pertama di Terengganu yang dibuka seawal kemerdekaan negara dengan 403 peneroka, dan Felda paling bongsu ialah Felda Selasih dengan 150 peneroka. Sehingga hari ini hanya tinggal sekitar 15 orang sahaja peneroka asal yang masih hidup di Felda Chalok Rahmat.

HUTANG
Hutang peneroka terhadap Felda sekarang sudah melebihi RM100ribu, sesetengah peneroka. Tiada Penyata TERPERINCIL dikemukan sehingga kini walaupun ada Felda sudah memasuki proses tanam semula kali kedua. Hutang mereka  hanya sekadar makluman secara kasar . Masalah ini bukan sahaja di Terengganu, bahkan melibatkan 112, 635 peneroka seluruh negara.

Kami tidak mahu mereka peneroka yang sebahagian besarnya sudah bergelar warga emas akan meninggalkan hutang ratusan ribu setelah ketiadaan mereka. Hutang peneroka akan diwarisi generasi seterusnya.

Masalah ini lebih parah apabila mereka memasuki proses tanam kedua. Menurut taklimat perjanjian tanam kali kedua peneroka Felda akan menanggung kos tanam, sara hidup dan pendahuluan hasil sehingga tahun ke lapan bermula dari pokok ditebang berjumlah RM169,900. Cuba bayangkan jika hutang sekarang sudah mencecah RM100ribu, tidak mustahil bila mana mereka sampai pada tutup kira-kira tahun ke 8 tanam kali kedua, hutang boleh mencecah hampir RM300,000 jika penghasilan BTB mereka tidak seperti yang diharapkan.

Justeru itu kami mencadangkan Kongres Rakyat Terengganu yang bersidang Hari ini mendesak Felda dan kerajaan Pusat,  mengkaji semula permasalahan Hutang yang melingkari peneroka Felda.

2. PERUMAHAN GENERASI KEDUA
Perumahan Generasi kedua yang sangat mendesak di kalangan anak peneroka di Terengganu terus menjadi tanda tanya dikalangan mereka. Sehingga hari ini masalah di masih menjadi permainan politik.

Felda Terengganu terus dianak tirikan. Peruntukan RM 1.4 bilion untuk kerajaan membina 20,000 perumahan Generasi Felda seluruh negara menjelang tahun 2017 bagaikan tidak menjadi kenyataan seperti mana janji terbaharu Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Terengganu masih tiada satu projek pun yang selesai pembinaanya seperti yang dijanjikan, apatah lagi untuk mengagihkannya.

Pembinaan projek perumahan di Felda Neram 1 yang diluluskan sejak 2010 dan dibina setahun selepas itu masih lagi gagal disiapkan sehingga sekarang walaupun pembinaannya di dijangka hanya mengambil masa setahun sehaja. Tinjauan terakhir kami pada awal ogos lalu masih lagi belum siap dan tidak mungkin boleh diagihkan bulan September ini sepertimana berita tersebar.

PGBF di Felda Kertih 5, sebanyak 300 unit yang juga mengalami masalah kelewatan dan kerja-kerja pembinaan yang sangat perlahan. Semasa kami meninjau ditapak pembinaan ini, hanya ada 3 orang pekerja sahaja.

Projek di Felda Bukit Bading. Dirasmikan pecah tanah pada 29 Mei 2012 oleh Menteri Besar Terengganu ketika ( lihat gambar ) sehingga ke hari ini, 98 unit yang di janjikan hanyalah semak samun mengantikan rumah.

Projek yang sama di Felda Chalok Rahmat, hanyalah Tinggal tanah kosong .

Projek di Felda Chalok Barat, sekarang ini rumput dan lalang menjadi penghuni di tapak , walhal papan tanda dipasang dan kerja awal tanah telah dilakukan.

Projek perumahan di Felda Tenang yang dikenali projek sentuhan kasih juga mengalami nasib yang sama Telah dibuat Majlis pecah tanah melibatkan kos yang besar, di angkut seluruh pemimpin Felda Pusat turun dan gilang gemilang di lancarkan projek ini...sudah ada kontena pejabat projek, kontarktor sudah membawa peralatan pembinaan....akhirnya bukan sahaja rumah tidak kelihatan, dengan kontena pejabat projek sekali sudah hilang.

Justeru itu,Kami mendesak Kongres Rakyat yang bersidang hari ini agar mendesak kerajaan negeri  supaya menggunakan apa jua saluran agar perumahan anak generasi kedua Felda tidak hanya menjadi tatapan pada papan tanda sahaja, namun ianya hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggunjawab dan bukan retorik.

Perlu ada pelan penyelesaian segera, janganlah hanya tiba piliharaya sekali lagi di angkut peralatan dan pembahagian borang menjadi umpan bilamana piliha raya umum menjelang.


3. ISU PENCEROBOHAN KHAZANAH HUTAN SIMPAN OLEH PEMIMPIN KERAJAAN SENDIRI.
saya merujuk kepada ketua juruaudit negara bagi negeri Terengganu 2014.


1.4.3. Kelulusan Melombong Di Kawasan Hutan Simpan Kekal


1.4.3.2. Pengauditan yang dijalankan mendapati tanah seluas 2,553.2 hektar (6,309.08 ekar) di kawasan Bukit Betung, Bukit Batu Tiga, Bukit Puteri dan Bukit Besi, Mukim Jerangau, Daerah Dungun yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK)
Besul Tambahan telah diluluskan untuk pajakan melombong bijih besi kepada Lembaga
Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu pada tahun 2012 .

Bagaimanapun, semakan Audit mendapati permohonan ini tidak disertakan dengan kajian
prakebolehlaksanaan seperti yang ditetapkan oleh Seksyen 63(2) EMT 2002 dan Laporan
EIA masih belum dikemukakan.

1.4.3.3. Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengeluarkan lesen
pengeluaran kayu balak bagi kawasan tersebut yang terletak dalam 6 kompartmen
dengan keluasan 2,077.54 hektar bagi tempoh 16 Mac 2014 hingga 15 Mac 2015.
Manakala proses tender dan penganugerahan kerja pembalakan kepada syarikat yang
berjaya dilaksanakan oleh pemegang konsesi bagi HSK berkenaan. Semakan dan
lawatan Audit mendapati kerja-kerja pembalakan yang dijalankan oleh 6 syarikat yang
dilantik telah selesai dijalankan seperti di Jadual 1.17.

1.4.3.1. Mengikut Seksyen 12 dan 13 Akta Perhutanan Negara 1984, hutan simpan
hendaklah dipelihara bagi memastikan kelestarian alam sekitar.

Sebarang pembebasan kawasan hutan simpan perlu diganti dan diwartakan. Apa-apa aktiviti yang menjejaskan hutan simpan adalah dilarang.

Selain itu, di bawah Aktiviti 11(a), Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar) 1987 dan tertakluk kepada Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) hendaklah dikemukakan bagi aktiviti perlombongan dengan keluasan melebihi 250 hektar.


1.4.3.5. MAKLUM BALAS PTG BERTARIKH 14 SEP. 2015, MENYATAKAN PENGARAH JABATAN PERHUTANAN TELAH MENCADANGKAN AGAR KAWASAN BERKENAN TIDAK DIWARTAKAN KELUAR DAEI KAWASAN HKS WALAUPUN KUTUSAN MMKN BERTARIKH 25 JULAI 2012 MELUKUSKAN TANAH INI UNTUK DIKELUARKAN DARIPADA KAWASAN HSK BESUL.

1.4.3.7. MAKLUM BALAS JAS BERTARIKH 19 OKTOBER 2015, MENYATAKAN PIHAKNYANTIDAK MENYOKONG SEBARANG PERMOHONAN PERLOMBONGAAN  DI KAWASAN HSK YANG DIKELUARKAN OLEH PTG . AKTIVITI PERLOMBONGAN TANPA SEBARANG LANGKAH KAWALAN DI KAWASAN HSK BOLEH MENYEBABKAN BERLAKUNYA GANGGUAN TERHADAP SPESIES FLORA DAN FAUNA YANG BERNILAI DAN MENCEMARKAN AIR SUNGAI YANG BERHAMPIRAN . JAS JUGA MASIH BELUM MENERIMA LAPORAN EIA BAGI PERLOMBONGAN TERSEBUT.

Justeru itu kami mendesak Kongres Rakyat hari ini agar dibuat satu laporan rasmi kepada Polis dan SPRM untuk menyiasat siapakah pemimpin kerajaan negeri yang mengenepikan cadangan dari Pengarah perhutanan dan JAS sehinggakan semua balak dibawa keluar dengan cara melanggar peraturan ini.

Sekian Saya bentangkan isu kluster Pembangunan Tanah dan Felda buat seluruh peserta Kongres dan Rakyat Terengganu untuk menilai kerakusan pemerintahan sekarang.

Kluster Pembangunan Tanah. Mohon mencadang.

Naraza Muda
20 Ogos 2016
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, Ogos 10, 2016

PENEROKA KETANDUSAN CERITA SEBENAR DALAM FELDA

Bertali arus saya dihubungi oleh peneroka-peneroka Felda, hampir dari seluruh negara. Panggilan kebanyakannya dari Johor dan Pahang.Ada yang marahkan saya kerana tidak datang menjenguk masalah yang mereka hadapi.

Saya kata saya bukan pegawai kementerian yang jaga hal ehwal felda. Saya beritahu mereka, setiap isu yang melanda, saya sudah nyatakan melalui kenyataan saya sebagai Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat. Rujuk Harakah cetak, Harakahdaily dan BuletinOnline Dotnet. Kami PAS juga membawa isu ini ke parlimen.

Saya serius berjuang isu Felda sejak 2008. Perbagai mehnah sudah saya lalui, dipulau, dimaki hamun, disekat kemudahan dan sampai anak sedara saya yang masih bersekolah ditarik biasiswa dan diarah membayar balik duit yang sudah digunakan.Yang paling menjadi sejarah bila saya ditikam dengan senjata tajam di hadapan jalan masuk ke Felda Bukit Rokan Utara, Negeri Sembilan pada Disember 2012.

Cuma...... apa yang berlaku hari ini adalah rentetan ketakutan saya dan rakan-rakan ANAK sewaktu itu. Saya bersama Mazlan Aliman dan rakan-rakan saban hari cuba menemui warga peneroka Felda seluruh negara untuk menyampaikan risalah kebarangkalian akan terjadi satu hari nanti jika Tan Sri Isa Samad kekal menjadi pengerusi Felda.

Penyenaraian FGV ke papan utama BSKL adalah satu tranformasi menjahanamkan kegemilangan Felda yang ditubuhkan sejak 1960 oleh Tun Abdul Razak. Sejak perlantikan Isa Samad pada 2011, semua ini telah mengubah keseluruhan kestabilan felda yang dibanggakan selama ini.

Satu persatu apa yang kami takutkan, kini menjadi nyata. Saya terus menerus memperjuangkan nasib peneroka setelah ANAK terpisah dengan PAS.

Bila mula warga Felda sudah terasa dan merasai apa yang menjadi kebimbangan kami sebelum ini, saya hanya mampu mengungkapkan satu perkataan sahaja, bila mereka marahkan saya, saya tidak kisah dan boleh maafkan. Sesiapa yang terbaca coretan ini sampaikan kepada warga peneroka Felda... satu perkataan sahaja ' Sabarlah......


Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, Julai 29, 2016

DAKWAAN TMJ TERHADAP FELDA, MENTERI JAWAB DENGAN LAKONAN

DAKWAAN TMJ TERHADAP FELDA, MENTERI JAWAB DENGAN LAKONAN

Apabila wawancara  Tuanku Ismail yang membidas Felda kerana menyalah gunakan wang peneroka bagi kepentingan individu tertentu, dan mempersoalkan keperluan agensi kerajaan sepertinya menubuhkan pasukan bola sepak dan penyelewengan dana yang diperuntukkan untuk golongan miskin tersebar melalui laman Facebook pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Lantas, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob menjawab ' Felda tidak pernah lari dari landasan asal'. Beliau berkata Felda digalakkan mencari pendapatan bagi membolehkan ia berdikari dan menampung perbelanjaan mereka.

“Felda tidak pernah lari pun daripada landasan asalnya. Felda daripada asalnya, menyusun semula masyarakat, memberikan tanah kepada orang Melayu yang tidak ada tanah untuk tingkatkan pendapatan mereka dan sebagainya.

“Bukan bermakna Felda itu berniaga, ia lari daripada tujuan asal. Felda satu ketika dahulu, sewaktu ditubuhkan, mendapat bantuan, sokongan kewangan daripada kerajaan,” petikan ucapan Menteri ini disiarkan oleh media web feldavoice.http://www.feldavoice.com/2016/07/28/felda-tidak-pernah-lari-dari-landasan-asal-ismail-sabri-jawab-tuduhan-tmj/

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini seolah menafikan seribu macam permasalahan yang sudah melanda Felda sejak Tan Sri Isa Abdul Samad dilantik menjadi Pengerusi Felda oleh Perdana Menteri pada 2011.

Terbaharu peneroka di seluluruh negara dikejutkan dengan kegagalan pihak Felda membayar duit hasil jualan BTB  mereka dan lebih parah masalah ini sudah menular di beberapa negeri dan tanah rancangan Felda. Sehingga hari ini menteri terbabit tidak pula memberi penjelasan mengapa perkara ini berlaku?

Saya pernah membangkitan keluhan kontraktor-kontarktor Felda beberapa minggu lalu, mereka tidak menerima bayaran tuntutan kerja mereka sejak beberapa bulan lalu. Sehingga kini Tan Sri Isa Samad membisu. Banyak perkara pelik dan pemborosan yang melibatkan kewangan Felda dilaporkan sejak 2011 hingga kini.

Penyenaraian FGV di papan utama bursa saham pada 2012 sesungguhnya telah mengubah segalanya. Tranformasi yang dilaungkan oleh Perdana Menteri benar-benar sudah mengubah Felda dari sejak penubuhannya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 lalu, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB), syarikat milik penuh Federal Land Development Authority (FELDA) akan disenaraikan di Bursa Saham Malaysia.

Penyenaraian ini dijangka mampu menjana dana sebesar RM6 bilion. Bagi menjayakan impian ini, FGV perlu menguasai kedudukan kukuh dalam Felda. Peneroka seluruh negara tidak sedar penyingkiran Koperasi Permodalan Felda (KPF) dari Felda Holdings adalah satu kesilapan besar. KPF yang menguasai ekuti 51 peratus pegangan kepentingan di dalam FHB, manakala baki 49 peratus dikuasai badan-badan kerajaan. Ke mana hasil dari dana penyenaraian ini?

KPF yang menguasai 51 peratus ekuiti dalam Felda Holdings Berhad ( FHB ) telah ditendang keluar dari Felda  apabila perwakilan bersetuju menyerahkan 112,199,999 kepada Felda Global Venture Holdings Berhad (FGVH) dengan kaedah mengangkat tangan tanpa melalui penerangan dan taklimat khas berkaitan. Sejarah hitam ini berlaku pada 27 Oktober 2013 jam 10 pagi di Dewan Banquet Menara Felda.

Penyingkiran KPF dari dari menguasai FHB dengan 51 peratus pegangan saham yang sebelum ini menjadi kebanggaan peneroka Felda telah membuka mata peneroka felda seluruh negara. FGV telah mengambil alih semua kepentingan 112,199,999 unit saham bersamaan 51 peratus dengan nilai yang sangat tidak munasabah iaitu RM2.2bilion ataupun RM19.61sesaham.

Peneroka Felda digambarkan saham ini akan membawa mereka menjadi golongan rakyat yang berpendapatan tinggi. Perdana Menteri sendiri mengungkapkannya dalam membawa Felda ke arah Tranformasi dan mampu mengubah kehidupan warga peneroka Felda.

Saham FGV yang diniagakan dengan nilai IPO RM4.45 seunit menjunam dengan teruk sehingga kini. Dengan harga semasa tidak melepasi RM1.90 pada suku kedua tahun ini, menambahkan lagi kebimbangan  peneroka Felda terhadap nasib mereka, walaupun hanya memiliki hanyan 2.2 peratus keseluruhan saham FVG yang di keluarkan. Peneroka Felda hanya diperuntukan 800 unit saham sahaja.

Peneroka Felda berhutang dengan bank perdagangan RM 3560 tidak termasuk faedah dan  mengalami kerugian semasa RM2080 pada pada 27hb Julai 2016, apabila urusniaga ditutup dengan nilai semasa RM1.85 seunit. Lebih malang lagi peneroka terpaksa membayar pinjaman kepada Felda RM50.00 setiap bulan untuk melunaskan pinjaman pembelian saham sebanyak 800 unit. Kerajaan telah mengumumkan Felda telah mengambil alih hutang peneroka dari bank setelah setahun pinjaman ini dibuat.

Bagaimana pula kerugian Syarikat, badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri dan lain-lain yang memiliki saham FGV dan sudah pastinya mereka membuat pelaburan yang besar dan kini sedang menanggung kerugian akibat kejatuhan nilai semasa saham FGV ini yang terpaksa di keluarkan  dari senaraian utama di papan bursa.

Penjualan aset Felda Global Vantures Holdings Berhad (FGV)  di luar negara , FGV telah menjual keseluruhan kepentingannya dalam Twin Rivers Technologies Enterprises de Transformation de Granines Oleagineuses du Quebec Inc (TRT- ETGO) dengan nilai AS$180 juta atau RM608.2 juta, isu ini terus menjadi tanya rakyat Malaysia kerana pihak FGV tidak pernah menjelaskan kedudukan keuntungan yang didakwanya mencecah RM65 juta.

Tidak ada laporan lengkap keuntungan yang didakwa FGV , sebaliknya ada sumber yang sangat boleh dipercayai mendakwa FGV mengalami kerugian besar berkait penjualan ini sehingga mencecah RM800 juta.

Pada awal julai 2015 lalu, FGV seperti mana dilaporkan Bloomberg dijangka memperolehi lebih RM1 bilion selepas berjaya menjual kilang TRT -ETGO yang telah menarik minat pembida pada harga AS$180 juta (RM686 juta ) hingga AS$250 juta (RM953 juta) .

Hanya sebulan selepas laporan Bloomberg, FGV telah melaporkan penjualan TRT – ETGO ini dengan harga RM608.2 juta kepada Viterra Inc, pengendali dan pemasar bijirin dan minyak terkemuka Kanada.

Pada 11ogos lalu, bekas Presiden dan Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd Emir Mavani mengesahkan bahawa perbincangan dengan lima syarikat antarabangsa berminat untuk membida TRT-ETGO masih berjalan. Hanya jarak waktu 14 hari , FGV telah mengumumkan penjualan ini.

Ketika peneroka Felda berhadapan dengan kejatuhan harga komuditi sawit dan getah, Felda telah mengumunkan projek penerokaan dalam segmen penginapan di luar negara melibatkan kos RM373.4 juta

Bilik yang berharga hampir RM1juta berhampiran Wembly Stadium London didakwa mampu membawa Felda mencapai matlamat menambah pendapatan kepada syarikat dalam langkah strategik Felda melalui Felda Investment Corporation (FIC)

Ini hanya sebahagian permasalah yang melanda Felda. Peliknya Menteri ini tidak menyedari masalah hutang yang sedang melingkari peneroka Felda waktu ini. Berjayakah kita jika peneroka Felda meninggal dunia dengan hutang puluh ribu bahkan ada sebahagian mencecah ratus ribu. Hutang yang ditinggalkan ini bakal diwarisi generasi seterusnya. Apakah dasar Felda ada menyatakan peneroka akan mati dengan hutang ratusan ribu? Apa benar masih berada di landasan sebenar?

Hentikanlah lakonan ini, kami mengharapkan Menteri dapat menyelami isu sebenar, bukan berkata ikut skip.  Kami tidak nafikan penubuhan Felda oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Datuk Hussein pada  1960 membawa kejayaan memberi tanah kepada 112, 635 peneroka dan di tempatkan di 317 buah rancangan.

Sekian.
Naraza bin Muda
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat.
29 Ogos 2016 / 24 Syawal 1437 H
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong